Tuesday, August 17, 2004

~Exam Week~:

Assalammualaikum..

Hari ni first day final exam..kira ok la dapat jawab gak soalan penuh.. ade gak soalan yg tak leh jawab. takpe la dgn slumber nye tanye soalan kat Mr Ismail... so dia terangkan sket soalan tu kompius gak sebab tak penah jumpa soalan tu dlm paper tahun-tahun lepas.. 1 subjek dah habih, ada lagi 3 paper menunggu.. sabtu ni 2 paper, rabu depan lagi satu... ditambah dengan project programming tak siap2 lagik kene hanto jumaat ni.. waduh2.. sabo je la.. sedar tak sedar dah dekat 1 sem berlalu.. pastu cuti 3 minggu.. ;)

Hari ni 1st day bulan Rejab so nak ajak kawan2 semua puasa sunat ramai2 moga2 bertambah amalan.. exam pun berkat.. seronoknya dah Rejab, pastu Sya'aban pastu Ramadhan..

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

GOOD LUCK SEMUA UNTUK FINAL EXAM..

Ilalliqa' :)

No comments: